ABIM Terima Penarafan Lima Bintang

September 18, 2014
editor-media

13 September 2014:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menerima anugerah penarafan 5 Bintang daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) untuk tahun 2013. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Khairy Jamaluddin (Menteri Belia & Sukan). Naib Presiden (Antarabangsa), Mohamad Raimi Ab Rahim, menerima anugerah tersebut bagi pihak ABIM. “ABIM merupakan satu-satunya pertubuhan belia Islam yang menerima pengiktirafan ini.

Ia dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk pengurusan serta pentadbiran (pertubuhan tersebut), memenuhi keperluan serta tuntutan dokumentasi yang dikenakan di samping gerak kerja yang aktif dalam membangunkan belia di negara ini,” jelas Mohamad Raimi ketika Muktamar Sanawi ABIM Kali Ke-43. Presiden, Amidi Abd Manan, ketika mengulas mengatakan bahawa anugerah yang diterima ini merupakan cabaran yang besar yang perlu dipenuhi ABIM.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR