ABIM Ucap Selamat Tahun Baru Cina 2023

ABIM UCAP SELAMAT TAHUN BARU CINA 2023
Seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa Tionghua.
Semoga Tahun Baru Cina diraikan dengan suasana yang mesra dan meriah. Rakyat Malaysia – tanpa mengira apa jua latar belakang; perlu menjiwai semangat keharmonian tulen, memperkukuh tekad sejati dan beriltizam untuk menjalani kehidupan yang lebih baik sebagai masyarakat yang bertamadun.
Raikan perayaan ini bersama keluarga tersayang dan bersama kita menjaga kesihatan. Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Chai!