ADAB Youth Garage & ABIM Selangor bawa trailer 45 kaki, agih set perabot bilik tidur ke Bukit Changgang, Banting

January 15, 2022
editor@abim

Alhamdulillah, pada 14hb Januari 2022, ABIM Selangor dan ADAB Youth Garage telah menggerakkan Misi menurunkan 20 set perabot bersama tambahan 30 unit almari untuk bilik anak-anak mangsa banjir di Taski ABIM Bukit Changgang, Banting.

Turut membantu juga, para sahabat rakan seperjuangan dari Kuala Muda, Kedah, iaitu Skuad Aspirasi Peduli Ummah dan ABIM Kuala Muda. 3 kali mereka turun ke Selangor, membantu sehabis mungkin. Kami amat menghargai pengorbanan kalian, sahabat.

Skuad ABIM turut menjalankan misi menghantar perabot kepada keluarga yang disasarkan. Untuk pengetahuan semua, senarai penerima kami perolehi hasil kerja sama dari pihak MPKK Kampung Bukit Changgang dan pimpinan akar umbi.

Sekali lagi, ADAB Youth Garage (AYG) mengusahakan sebuah trailer 45 kaki untuk membawa muatan 40 set perabot bilik tidur ke Bukit Changgang, Banting.

Terima kasih rakyat Malaysia. Anda sumbangan, kami salurkan kepada mereka.

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti #RakyatJagaRakyat #DaruratBanjir

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR