Adik Lukman Perlukan Sumbangan Untuk Pembedahan Leukemia T-Sel - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Adik Lukman Perlukan Sumbangan Untuk Pembedahan Leukemia T-Sel

12 September 2015, Senai, Johor Darul Takzim:- Usai penyampaian beras di Flat Bukit Mewah, rombongan ABIM Johor dan Skuad Prihatin Johor sambung perjalanan ke taman sutera, Saleng, Senai, Johor. Kami bertandang untuk ziarah adik Mohd Lukman Hakim, berumur setahun lebih dan disahkan sakit leukemia jenis t-sel. Adik Lukman dijaga oleh ibunya, juga merupakan Ibu tunggal. Adik Lukman seorang yang sangat ceria dan aktif, perlu menjalankan rawatan kimo hampir setiap minggu di HSI dengan kos rawatan menjangkau RM100 – RM500. Adik Lukman memerlukan pemindahan sum – sum tulang dengan segera, namun masih belum ada penderma sum- sum tulang yang sesuai.

Adik Lukman juga hanya boleh minum susu dimana kos untuk susu sahaja Rm100 seminggu. Untuk makluman, puan Norina tidak bekerja kerana adik lukman perlu dipantau 24 jam dan puan Norina tinggal dengan ibunya yang menjaga cucu lain seramai 7 orang yang berumur dari 6 – 12 tahun. 5 dari cucunya itu ditinggalkan ibu mereka dan sampai sekarang mak cik tidak tahu dimana ibu mereka berada. Manakala 2 lagi cucunya tinggal dengan mak cik, selepas ibu mereka meninggal dunia.

Mak cik mengambil upah mengurut, memasak, menjahit dan apa sahaja yang kudratnya mampu untuk menyara 9 tanggungan dan dirinya. Walaupun umur mak cik sudah lebih separuh abad, namun mak cik terus berkerja keras demi menyara anak dan cucu – cucunya..

Kami sangat mengalu – alukan sumbangan dari anda semua untuk membantu kurangkan bebanan ibu muda ini untuk kos rawatan anaknya, juga ibu kepada puan Norina yang perlu menyara 8 cucu termasuk adik Lukman. Sumbangan boleh dibuat secara terus kepada puan Norina (017-406-0625) atau melalui pihak ABIM ke akaun BIMB Tabung Prihatin 01014010045659. Anda juga boleh ziarah keluarga ini di alamat No 140, Jalan Sutera 3, Taman Sutera, Saleng, 81400, Senai, Johor Bahru.

Teruskan menyumbang, anda memberi, kami sampaikan.. Bagi yang berminat untuk terlibat dengan program kebajikan dan kemasyarakatan ABIM Johor, anda dialukan-alukan menyertai Skuad Prihatin Johor dengan cara pm nama dan contact no anda di inbox ABIM Johor.

 

 

Usai penyampaian beras di Flat Bukit Mewah, rombongan ABIM Johor dan Skuad Prihatin Johor sambung perjalanan ke taman…

Posted by ABIM Johor on Saturday, 12 September 2015