Akademi & Tahfiz (DU:AT) Semarakkan Dakwah Menerusi Pendidikan

December 8, 2015
editor-media

Akademi & Tahfiz Hari Terbuka Darul Ummah : Akademi & Tahfiz (DU:AT) pada hari ini. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah gotong-royong rewang, smart Solat, pertandingan mewarna, ceramah Keluarga Sakinah, dan Penerangan mengenai Program Du’at Pra1 dan Tahap 1. Program diserikan dengan ucapan perasmian penutup oleh YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi, Exco kerajaan negeri Selangor yang juga ADUN Sijangkang. Skop pendidikan DU:AT menumpukan kepada komponen tahfiz, komponen akademik, serta komponen nilai dan kemahiran. Komponen Tahfiz diprogramkan untuk generasi muda berteraskan pendidikan Al-Quran dan asas agama serta bertujuan untuk menampung keperluan pendidikan Islam anak-anak. Komponen Akademik pula menitikberatkan keperluan murid dalam mengikuti kerangka kurikulum yang lebih menyeluruh, relevan, dinamik, dan kontemporari sepanjang tempoh persekolahan. Komponen Nilai dan Kemahiran pula diangkat sebagai komponen yang diperlukan murid untuk menerobos keupayaan berfikir secara kreatif dan berinovatif, berminda keusahawanan, berkemahiran dalam literasi kewangan, serta berjiwa patriotik dalam nilai universal dan Islami yang tinggi.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR