Aktivis ABIM & PKPIM Hadiri Majlis Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022









AKTIVIS ABIM & PKPIM HADIRI MAJLIS PERSIDANGAN ULAMA ASIA TENGGARA 2022
30hb Jun 2022 (Khamis): Alhamdulillah, para aktivis ABIM dan PKPIM telah menghadiri Majlis Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang bertempat di Sunway Resort anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Rabitah Al-Alam Al-Islami/Liga Muslim Sedunia (MWL).
Persidangan yang telah dihadiri oleh wakil-wakil ulama dan cendekiawan setiap negara dari benua Asia dan negeri seluruh Malaysia.
Majlis dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad dan TYT Syeikh Abdul Kareem Al-Issa, Setiausaha Agung MWL.
Persidangan ini membincangkan gerak kerja negara-negara Islam dan resolusi bersama dalam menyerlahkan nilai perpaduan, keharmonian dan toleransi berdasarkan kerangka Fiqh Al-Taβayush (Fiqh Hidup Bersama) di samping menolak fahaman ekstremisme dan Islamofobia.
β’β’β’
Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti