Al-Fatihah Buat Jemaah Haji Yang Meninggal Dunia Akibat Tragedi Kren Tumbang Di Mekah
إنا لله وإنا إليه راجعون الهم اغفر لهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم
Al-Fatihah. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan takziah serta kesedihan yang mendalam kepada keluarga 5 orang jemaah Haji Malaysia yang disahkan meninggal dunia akibat kemalangan kren di Masjid il-Haram, Mekah, pada jumaat lalu. Semoga Allah merahmati dan memberi perlindungan kepada semua pihak dan menempatkan para ruh dalam rahmat dan kasih sayang Nya.Amin.
Berikut adalah senarai jemaah haji Malaysia yang telah disahkan meninggal dunia:-
Siti Nuroshlizan Zulkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan
Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan;
Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.
Zainun Taha, 69, Ampang, Selangor
Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak.
‘Lahirmu Jumaat, pergimu jua Jumaat’ – luahan sayu adik mangsa #KrenRuntuhMekahhttp://www.astroawani.com/berita-malaysia/lahirmu-jumaat-pergimu-jua-jumaat-luahan-sayu-adik-mangsa-73245
Posted by Astro AWANI on Monday, 14 September 2015
[KRONOLOGI] Apa yang kita tahu tentang #KrenRuntuhMekah setakat inihttp://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-tragedi-kren-runtuh-di-masjidilharam-lima-warga-malaysia-disahkan-maut-73042
Posted by Astro AWANI on Monday, 14 September 2015
Amidi Abd Manan, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)