Altimet Dan Adam AF2 Meriahkan Konsert Amal Syria Di Port Dickson - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Altimet Dan Adam AF2 Meriahkan Konsert Amal Syria Di Port Dickson

1hb Mei 2016, Port Dickson: Bersama persembahan mantap dan bermakna daripada Bunkface, Altimet dan Adam AF; Konsert Amal Malam Sinar Syria berlangsung dengan penuh meriah serta lancar. Dianjurkan di Restoran King’s Char Kuey Tiaw, turut hadir dalam program ini ialah Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim serta pimpinan ABIM, pimpinan Majlis Belia Malaysia serta Komittee Pemuda Islam Indonesia.

Konsert ini diadakan dengan tujuan mengumpul dana; bagi Kempen Ramadhan AlHabeeb 3.0 bagi membantu saudara kita di Syria yang memerlukan. Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada pihak restoran, para sukarelawan Malaysian Life Line for Syria (MLLFS) serta semua penderma serta rakyat Malaysia yang budiman.