Amalkan Pendekatan Berhikmah Lindungi Belia Daripada Ekspoitasi Islamic State

June 15, 2015
editor-media

14 Jun 2015:- Saudara Khairul Anwar Ismail (Exco Undang-Undang ABIM), telah diundang sebagai salah seorang panelis Seminar Pendidikan Fiqh Jihad Peringkat Negeri Kedah, Islamic State: Pejuang atau Petualang. Seminar telah berlangsung pada 14 Jun 2015 di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kampus KUIN Mergong. Program ini adalah anjuran JAKIM dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Kedah, JHEAIK (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah), KUIN (Kolej Universiti Insaniah) dan ABIM Negeri Kedah.

Sepanjang seminar tersebut, para peserta didedahkan antara lain dengan Manhaj Wasatiyyah sebagai dasar dalam pembinaan dan perlaksaan hukum. Beberapa ketetapan penting telah ketengahkan sebagai resolusi tindakan. Resolusi utama sepakat mengangkat Islam sebagai agama rahmat dan keadilan di samping amat mementingkan persoalan nyawa, kemuliaan Karamah Insyaniah dan kebebasan beragama yang menolak sebarang fahaman ekstremis, melampau dan tidak berperikemanusiaan.

Di samping itu, seminar turut menggesa pendekatan penuh hikmah dan dakwah bil hal bagi mendekati golongan belia (yang kerap menjadi mangsa Islamic State) diamalkan untuk menyelamatkan mereka daripada dieksploitasi oleh pihak tertentu. 

 

 

RESOLUSI SEMINAR PENDIDIKAN FATWA NEGERI KEDAH 2015FIQH JIHAD: ISLAMIC STATE PEJUANG ATAU PETUALANGAHAD, 14 JUN 2015, DEWAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH, KAMPUS KUIN MERGONG

Posted by ABIM KEDAH on Sunday, 14 June 2015

 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR