Anjung Rahmat Harus Jadi Refleksi Al-Islam Rahmatun Lil Alamin

February 2, 2016
editor-media

Majlis yang telah berlangsung pada 24 Januari 2016, Ahad ini telah dihadiri oleh ahli Wadah-ABIM-PKPIM, para penyumbang PDTW, agensi-agensi, ketua kampung, nazir surau serta penduduk sekitar Desa Makmur, Sg. Merab. Bangunan Anjung Rahmat ini telah dirasmikan oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil selaku Ketua Istisyari Wadah diiringi Presiden Wadah, Tn. Hj. Ahmad Azam Ab Rahman, Pengerusi JK Pembangunan Wadah, Dr. Ab Halim Muhammad serta AJKP dan JK Pembangunan yang lain. Anjung Rahmat yang telah dibangunkan sejak April 2014 yang lalu, kini telah mula beroperasi dengan menjadi tempat bagi pelbagai aktiviti dan program seperti usrah, induksi, mesyuarat, bual bicara dan sebagainya. Kemudahan inap desa yang turut disediakan menjadi antara faktor Anjung menjadi pilihan pelbagai program yang memerlukan peserta bermalam. Bagi yang ingin menggunakan khidmat kemudahan dan inap desa Anjung Rahmat , boleh berurusan terus dengan saudara Khairul Fahmi Helmi Muhammad Al-Fateh / Haziq Halimi MrHaziq Mohd Halimi / 03-8920 2142 (Wadah Pusat) atau emel ke pdtw.pusat@gmail.co

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR