
15 November 2015, Sungai Ramal Dalam, Kajang:- Majlis Ihtifal Tahunan SERI ABIM Sungai Ramal Kajang turut meraikan pelajar-pelajar sekolah yang sentiasa ingin memperbaiki pencapaian akademik mereka. Pencapaian itu diraikan menerusi penyampaian anugerah hijrah kepada para pelajar yang menunjukkan perkembangan yang sangat positif dalam pembelajaran mereka sepanjang tahun.
Anugerah Hijrah ini merupakan antara anugerah utama yang disampaikan sempena penganjuran Ihtifal di samping anugerah-anugerah kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan sahsiah. Majlis Ihtifal ini dilangsungkan serentak dengan penganjuran ihtifal membabitkan rangkaian Institusi Pendidikan ABIM (TASKI, SERI, & SEMI) ABIM seluruh negara. Majlis Ihtifal Tahunan SERI ABIM Di Sungai Ramal telah dirasmikan oleh Naib Presiden HELWA, Puan Fadhlina Dato’ Dr Siddiq.
