Apresiasi ABIM Buat Seluruh Kepimpinan & Perwakilan MBM dalam MPAT ke-71, di Subang

March 6, 2022
editor@abim

UCAPAN PENGHARGAAN

Alhamdulillah, Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia (MBM) ke-71 telah selesai dengan jayanya. Presiden, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (AJKP) serta warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) seluruh negara merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan ikhtiar yang digerakkan bersama. Tahniah kepimpinan MBM yang baru, semoga dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin. Kita terus bersilaturrahim. Biduk Lalu Kiambang Bertaut.

Terima kasih juga buat Sdra. Jufitri Bin Joha (mantan Naib Presiden ABIM) kerana melunaskan amanah sebagai Presiden MBM atas tiket ABIM dengan amat cemerlang. Bahtera yang ditiup pelbagai gelombang sama sekali tidak menggugat beliau sebagai Nakhoda untuk cemerlang membawa MBM dan belia Malaysia ke arah kecemerlangan. Ini adalah indikator besar kualiti kepimpinan muda yang dilahirkan ABIM. Semoga terus menjadi aspirasi anak muda dan seluruh rakyat Malaysia.


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#MenggerakBelia #ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR