As-Syeikh al-Muhaddith, Dr Abdul Majid Mahmud Abdul Majid Telah Pulang ke Rahmatullah

February 6, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian ke Rahmatullah – as-Syeikh al-Muhaddith, al-Allamah al-Faqih, Dr Abdul Majid Mahmud Abdul Majid.

Beliau pada asalnya tidak berapa dikenali di Mesir kerana beliau banyak menghabiskan masanya mengajar di universiti di Saudi. Setelah puluhan tahun di sana, beliau ke Jordan untuk mengajar di universiti di sana. Selepas itu, beliau kembali ke Mesir dan mengajar di Kuliah Darul Ulum, Kaherah.

Kitab tulisan beliau yang paling dikenali ramai ialah seputar Kecenderungan/Aliran Fiqh di sisi Ahli Hadith Pada Kurun ke-3 Hijri.

Allahummaghfirla-hu warham-hu wa ‘afi-hi wa’ fuan-hu. Sesungguhnya, kita milik Allah Subhanahu wa-Ta’ala selama-lamanya. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih. InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR