Asas Intelektual Penting Untuk Memimpin Dialog Peradaban
15 Julai 2015:- Delegasi ABIM yang diketuai Naib Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim & Setiausaha Agung, Muhammad Faisal Abd Aziz telah melakukan kunjungan hormat ke atas Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Sepanjang pertemuan dengan beliau, delegasi berkesempatan berdiskusi serta menghadam pandangan beliau menerusi artikel beliau “An Intercultural Dialogue from within Muslim Communities: A Global Overview dalam buku baru terbitan “Agree to Differ” terbitan Unesco. Dalam subtopic Asia Tenggara beliau banyak membahas tentang sumbangan Abim Pusat dalam mempromosi dialog sebagai medium persefahaman antara agama. Harapan besar beliau untuk ABIM terus dengan kekuatan intelektual bagi mengisi dialog persefahaman dalam masyarakat.