
15hb Disember 2017: Alhamdulillah, bersama barakah hari Jumaat, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim bersama pimpinan dan aktivis ABIM telah turut serta dalam “Himpunan Intifada Baitul Maqdis: Keadilan Untuk Palestin” di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
ABIM percaya bahawa tindakan biadab dan kurang ajar Donald Trump yang mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara haram Zionis-Israel, akan membawa kesan berbahaya dan buruk terhadap kestabilan dan keselamatan rantau ini. Tindakan dangkal ini juga berkemungkinan menyuburkan lagi unsur-unsur dan kegiatan keganasan serta ekstremisme yang memusnahkan.
Kekejaman dan kezaliman berterusan rejim Zionis-Israel dan pentadbiran Trump terhadap rakyat Palestin, perlu dikecam, dikutuk dan ditentang dengan apa jua cara. Amatlah jelas dan nyata, rakyat Palestin sudah terlalu lama dipinggirkan tanpa pembelaan sewajarnya. Kehidupan mereka berterusan dhaif dan derita dalam banyak perkara. Pidato Presiden ABIM ketika Himpunan tersebut boleh ditonton di sini:-
