Bakal Terbit: WANITA: HAK DAN KEWAJIBANNYA MENURUT ISLAM

February 5, 2022
editor@abim

TERBAHARU BAKAL TERBIT
WANITA: HAK DAN KEWAJIBANNYA MENURUT ISLAM
Oleh: Dr. Hind Shalabī.
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

Kami ingin memaklumkan bahawa satu judul terbaharu bakal terbit, iaitu sebuah buku berkaitan dengan wanita, hak dan kewajibannya menurut Islam.

Buku ini adalah karangan seorang ulama wanita Tunisia, iaitu Dr. Hind Shalabī. Beliau adalah seorang ‘ālim dan merupakan puteri kepada Sīdī Aḥmad Shalabī, seorang ‘ālim, faqīh nan wali soleh, guru di al-Jāmi‘ al-A‘ẓam (Masjid al-Zaytūnah).

Mungkin ramai di kalangan kita tidak mengenali beliau, tetapi kami ingin memperkenal serikandi Islam ini, yang pernah menggegarkan Tunisia satu masa dahulu, dengan pidatonya berkenaan “Kedudukan Wanita di dalam Islam,” disampaikannya pada tahun 1975, yang ketika itu dihadiri Habib Borgiba, perdana menteri Tunisia yang liberal itu, dan para diplomat daripada negara-negara luar.

Beliau juga mengkritik patriarki yang telah sekian lama mengambil kesempatan atas kelemahan wanita. Beliau menegaskan bahawa wanita juga sama seperti lelaki pada kemanusiaannya, dan sama di sisi Allāh ta‘ālā sebagai hamba-Nya. Justeru, tidak wajar peranannya diperkecilkan.

Banyak lagi idea beliau yang kita akan dapat fahami daripada karangannya ini. Persediaan akhir buku ini telah siap, dan menunggu masa untuk dicetak. Doakan agar ia dipermudahkan oleh Allāh ta‘ālā.


Untuk sebarang pertanyaan berkenaan buku-buku terbitan ABIM Press, rujuk di: https://linktr.ee/abimpressmy

Atau hubungi: +6013-3916299 (Wani).

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR