
24 Januari 2014:- Semenjak dilancarkan mulai 23 Disember yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menyalurkan sumbangan warga Malaysia yang prihatin kepada mangsa banjir yang melanda negeri Kelantan. Alhamdulillah. Sumbangan Rakyat Malaysia Yang Prihatin Telah Selamat Disampaikan ke beberapa buah kampung sekitar Jajahan Tumpat, Kuala Krai, Tanah Merah, Rantau Panjang, serta Gua Musang.
Bantuan tersebut disampaikan menerusi pelbagai cara termasuk menggunakan pacuan empat roda serta menggunakan bot. Untuk seketika, para petugas sekretariat Pengurusan Bencana Banjir ABIM Negeri Kelantan sedikit cemas apabila konvoi pacuan empat roda (yang menyampaikan bantuan kepada masyarakat orang asli di sekitar Jeli dan Gua Musang) tidak dapat dihubungi sehari. Alhamdulillah, konvoi tersebut akhirnya telah pulang dengan selamat. Antara Kampung Tersebut ialah:
Untuk Koleksi Gambar OPS Prihatin di Kelantan, Sila Klik pada link galeri gambar di bawah:
