Banjir Pantai Timur: Terkini Dari Terengganu

December 24, 2014
editor-media

24 Disember 2014:- Kain pemidang semalam yang dijahit oleh para sukarelawan sedang dipasang oleh pasukan bantuan ABIM-MBM di SMK Geliga, Kemaman. Kain pemidang ini amat penting bagi menjamin keselesaan secara syarie buat mangsa banjir (aurat para mangsa banjir terpelihara). Turut serta dalam pasukan bantuan ABIM-MBM ini adalah Sdra. Ahmad Saparuddin (Exco ABIM) yang juga merupakan Pen. Setiausaha MBM, Sdra. Khairul Annuar Mansor (Presiden MYHA) dan Sdra. Khairul Anuar Abdul Manap (Setiausaha Agung PKPIM).

SUMBANGAN DIPERLUKAN!

Memandangkan keadaan banjir yang semakin kritikal, sumbangan daripada warga masyarakat yang prihatin amat dialu-alukan. Sumbangan boleh disampaikan menerusi akaun ABIM (Maybank: 5642 2161 0116). ABIM juga telah membuka bilik operasi serta pusat pengumpulan di Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang, Kuala Lumpur.

APA YANG BOLEH DIBERI?

Pusat pengumpulan bantuan ini hanya menerima bantuan dalam bentuk kain langsir (sebagai pemidang) Hygiene kit (berus & ubat gigi, sabun mandi, syampu), Pakaian solat , Tuala wanita , dan Lampin Bayi. HUBUNGI: Hubungi talian hotline ( 019-293 6700 ) serta 013-311 7560 (Zikri). Pusat pengumpulan juga telah dibuka di ADAB Youth Garage Seksyen 2, Bandar Baru Bangi. Sila Hubungi Yasir: 011-2128 2023 (U.P:Yasir)

 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo