7hb November 2017: Alhamdulillah, hari ini ABIM Pusat bersama ABIM Pulau Pinang, ABIM Kedah, Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan Malaysian Life Line for Syria (MLLFS) membantu para pelajar SPM / STPM, SMK Desa Murni, Sungai Dua dalam menyediakan sarapan untuk para pelajar. Agihan sarapan pagi oleh petugas & sukarelawan GPM & Wadah Pencerdasan Umat Abim Pusat Abim Penang PKPIM kepada 130 pelajar SMK Desa Murni, Butterworth yang sedang menduduki peperiksaan SPM & STPM. Rata-rata mereka terlibat dalam musibah banjir dan sudah pastinya persiapan mereka menghadapi peperiksaan penting ini turut terjejas.
