Bekas MB Kedah, Syed Razak Meninggal Dunia Akibat Masalah Kesihatan

March 18, 2023
Admin Abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian ke Rahmatullah — Bekas Menteri Besar, Almarhum Datuk Seri Syed Razak Syed Zain yang meninggal dunia pada usia 79 tahun akibat masalah kesihatan di kediamannya di Taman Anggerik, Sungai Petani pada 8hb Mac 2023.

Almarhum merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan yang kemudian menjadi Menteri Besar Kedah bermula 1999 hingga 2005.

Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi akibat masalah kesihatan dan digantikan bekas Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang ketika itu ADUN Pedu.

Allahummaghfirla-hu warham-hu wa ‘afi-hi wa’ fuan-hu. Sesungguhnya, kita milik Allah Subhanahu wa-Ta’ala selama-lamanya. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR