Bengkel Jenazah HELWA ABIM Pahang - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Bengkel Jenazah HELWA ABIM Pahang

20 September 2014:- Alhamdulillah, HELWA ABIM Pahang telah menganjurkan bengkel pengurusan jenazah anjuran HELWA Abim Pahang. Sepanjang bengkel tersebut, hadirin telah diingatkan dengan hakikat bahawa matinya anak adam,terhapus segalanya kecuali 3 perkara;  a) ilmu yang bermanfaat b) sedekah jariah c) doa anak yang soleh. Di samping pengurusan jenazah selepas kematian, peserta turut dikongsikan adab menziarahi orang sakit; yakni tidak boleh berlama-lama, datang bukan pada waktu rehat (contoh waktu petang). “

Antara nota ringkas yang turut dikongsi sepanjang bengkel pengurusan jenazah ini;- 4 perkara WAJIB dilaksanakan kpd jenazah ; mandi, kafan, solat, kebumi * keperluan jenazah; -5 lapis kain utk muslimat ; ( 10-13meter) 2 kain utk bungkus 1 baju 1 telekung 1 kain kemban – kapas – kapur barus -air mawar – kayu cendana. “Ustazah pesan, sudah belajar, praktikkan. lebih bagus bila kita sediakan kain kafan utk diri sendiri untuk persediaan,” jelas Afifah Mat Asin, salah seorang peserta yang menghadiri program tersebut.