Bengkel Kewangan ABIM Pulau Pinang Galak Pengurusan Tunai Secara Berhemah Dan Efektif - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Bengkel Kewangan ABIM Pulau Pinang Galak Pengurusan Tunai Secara Berhemah Dan Efektif

6 Disember 2015, Pulau Pinang:- ABIM Pulau Pinang telah menganjurkan Bengkel Buku Tunai mudah menggunakan Excel. Alhamdulillah program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan usahawan muda, pengurus kewangan peribadi & masyarakat. Alhamdulillah, Bengkel Buku Tunai ini dianjurkan bersama AKIB, Yumna Tijarah & Alhambra Grafix. Terima kasih Wan Azizan Wan Zainal Abidin (consultant pengurusan kewangan peribadi), yang telah menurunkan ilmu yang amat berguna ini. \’Now everybody can be his own personal accountant!” ujar salah seorang peserta dengan nada teruja!