Bengkel Penulisan ABIM Mesir Untuk Dai'e Muda - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Bengkel Penulisan ABIM Mesir Untuk Dai’e Muda

Pada 15 April, ABIM Mesir cawangan Zagazig juga telah menganjurkan ‘Bengkel Penulisan’. Bengkel ini dijalankan secara intensif daripada pukul 8.00 pagi sehinggalah pukul 4.30 petang. Bengkel ini yang disertai kira-kira 20 orang peserta ini antara lain menyentuh aspek seni penulisan karya kreatif dan juga penulisan jurnal dan artikel bukan fiksyen. Pihak ABIM Mesir berharap dengan wujudnya bengkel ini, kita dapat memperbanyakkan penulis-penulis muda yang kompeten untuk menghasilkan karya-karya yang bermakna untuk masyarakat. Pembentang pertama, Sdr. Ahmad bin Abdul Rahim, membentangkan tajuk ‘Penulisan Artikel: Pengkajian, Perangkaan dan Perlaksanaan’ berkongsi tip dan teknik-teknik menulis artikel yang baik. Manakala, pembentang kedua, Sdri. Helma Hassan pula dengan tajuk ‘Melestari Makna dalam Penulisan’, berkongsi pengalaman dan cara untuk ‘menghidupkan’ sesuatu penulisan dengan nilai yang menyentuh hati pembaca. Panel yang terakhir, Puan Munirah yang juga penulis novel, selaku pembentang yang ketiga pula berkongsi tips-tips Penulisan Novel. Di akhir program, Sdr. Abrar Shafie mengendalikan slot LDK dengan sangat baik. Semoga program-program ilmiah sebegini dapat menyuntik kefahaman dan memugarkan budaya ilmu dalam jiwa mahasiswa yang terlibat. Dan semoga usaha-usaha sebegini diteruskan dan diperhebatkan di masa akan datang.