BERSIH 4.0:- Kami Mahukan Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Malaysia! :- Presiden ABIM - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

BERSIH 4.0:- Kami Mahukan Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Malaysia! :- Presiden ABIM

29 Ogos 2015, Kuala Lumpur:- Presiden ABIM, Amidi Abd Manan mengatakan bahawa Perhimpunan BERSIH 4.0 adalah suara rakyat Malaysia yang mahukan masa depan yang lebih baik untuk negara ini. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ketika Perhimpunan BERSIH 4.0 di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, pada 29 Ogos yang lalu.

Sepanjang ucapan tersebut, saudara Amidi, turut merujuk kepada keluhan-keluhan rakyat mengenai kemelesetan ekonomi di samping ketidakstabilan politik yang melingkari kehidupan politik mereka. ABIM adalah salah satu badan Gabungan BERSIH semenjak penubuhannya mulai tahun 2007 sebagai komitmen ke arah menyuburkan demokrasi yang mampu mensejahterakan rakyat menerusi amalan pilihanraya yang bebas dan adil.

 

I[Bersih 4] Petikan ucapan Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, ketika penganjuran Perhimpunan Aman BERSIH 4 #bersih #bersih4 petang tadi. Rakyat Malaysia Sehati Sejiwa Mahu Sejahterakan Malaysia Dengan Dakwah!

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Saturday, 29 August 2015