Bicara Islam Adalah Agama Rahmah Dan Ramah Bukan Marah-Marah - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Bicara Islam Adalah Agama Rahmah Dan Ramah Bukan Marah-Marah

30 September 2015, Nilai:- Dr Zulkifli Hasan, telah mendapat jemputan SISPRO sebagai salah seorang panel forum bicara bertajuk Islam Agama Rahmah dan Ramah Bukan Marah-marah. Turut sama dalam bual bicara kali ini ialah Dr Mujahid Yusuf Rawa, ahli Parlimen Parit Buntar. Beliau yang juga merupakan YDP ABIM Negeri Sembilan telah menyampaikan pandangan beliau mengenai konsep rahmatan lil’alamin dan pengalaman sepanjang meneroka keadaan umat Islam di banyak negara di dunia.

Umat Islam pada hari ini perlu menjelmakan ruh kerahmatan Islam itu agar ia dilihat benar-benar memberi kerahmatan kepada umat, masyarakat dan negara. Program bual bicara ini terpaksa diadakan di Kafe Selera Rika berikutan terdapat beberapa halangan untuk mengadakannya di tempat cadangan asal. Moga semua yang hadir mendapat manfaat menerusi perkongsian kali ini. Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua yang menjayakan program ilmiah ini. Sejahterakan Malaysia Dengan Dakwah