Budaya Membaca Harus Memberikan Impak Kepada Masyarakat

September 7, 2017
editor-media

5hb September 2017 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM, Sdr. Mohd Khairul Anwar Ismail telah membuat pengisian dalam sesi Usrah Qiyadah ketika Induksi Kelab Bimbingan Mahasiswa, Universiti Putra Malaysia (KBM-UPM). . Induksi ini dijalankan sempena Program Latihan Kepimpinan (LAKEPO) Pimpinan KBM/UPM Sesi 2017/2018, yang berlangsung di Kolej dar al-Hikmah (KDH), Sungai Ramal Dalam, Kajang. 

Sdr. Anwar menyatakan, “Rutin membaca yang radikal harus mendatangkan impak kepada diri lantas menjurus ke arah perubahan masyarakat. Harus juga disulami dengan hikmah melalui perjalanan-perjalanan mencari ilmu (al-rihlah fii tholabil ilmi) yang sememangnya kerapkali dipandang enteng oleh sebahagian besar para pembaca.”

Memahami dan meyakini bahawa setiap individu itu mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin yang berkualiti, cemerlang akademiknya dan mulia sahsiahnya dan daya kepimpinan mereka perlu diterjemahkan melalui siri latihan dan bimbingan yang bersistematik selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara, maka KBM-UPM ditubuhkan pada tahun 1990. .

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR