Catatan Skuad OPS Prihatin Dari Kuala Lipis - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Catatan Skuad OPS Prihatin Dari Kuala Lipis

[27/12/2014] 9:00 pm : Team hampir tiba di lokasi. Namun, perlu menyambung perjalanan kira-kira 500 meter lagi dengan menggunakan bot fiber kerana jalan ke sekolah telah dinaiki air.

 

10:00 pm : Team sampai di sekolah. Syahdu melihat wajah ayahanda dan ibunda yg tenang menanti tibanya skuad bantuan. Keperluan utama adalah selimut dan tikar. Ada di kalangan ibu-ibu dan anakanak kecil ini kesejukan tidur di atas lantai sekolah. Alhamdulillah,100 sleeping bag dan 200 selimut yang kita bawa dapat dimanfaatkan oleh mereka. Seramai kira-kira 400 mangsa ditempatkn di S.K.Kerambit, Kuala Lipis. Di kalangan mereka ada yg sedang mengandung (2 minggu lg due), bayi berusia 14 hari dan 2 bulan, warga OKU dan wanita uzur. Team menantikan kedatangan sebuah lori dengan bantuan barangan keperluan untuk terus diagihkan kepada mangsa. Sekian laporan semasa buat masa ini dari bumi bertuah, Kuala Lipis. Hasnul Haniff Harun Ketua Delegasi Team ABIM-MBM-KBS