Cikgu Idris Jauzi telah pulang ke negeri abadi

July 21, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah Almarhum Datuk Mohd Idris Jauzi/Jusi pada 21hb Julai 2022 (Khamis).

Almarhum adalah Mantan Naib Presiden ABIM (1977-1987); Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH); Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) tahun 1973-1976; dan Presiden Persatuan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun 1972-1973.

Almarhum yang mesra dengan panggilan ‘Cikgu Idris/Derih’ pernah ditahan bersama pimpinan ABIM seperti Sdra, Anwar Ibrahim; Ustaz Fadzil Noor; Sdra. Omar Jaafar dan Sdra. Ramli Ibrahim kerana terlibat dalam Demonstrasi Baling 1974. Mantan Ahli Parlimen Batu Pahat ini juga pernah menjadi Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN).

Jenazah Almarhum disembahyangkan di Masjid Amaniah Kepong dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah. Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita sedekahkan al-Fatihah sekudusnya.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR