Dalam Dakwah Kita Tidak Boleh Hanya Melarang! :- Pak Misbach

May 5, 2016
editor-media

“Tatkala kita mengaku ‘Ana Muslim’ (Saya Seorang Muslim), ada dua risiko (dan tanggungjawab) yang perlu kita santuni. Pertama; tanggungjawab dalam kalimah itu: bebanan yang sangat besar. Keduanya; musuh Islam pasti takkan diam.” “Dalam berjuang itu yang diperlukan ialah kualiti. Kita tidak boleh hanya melarang, tetapi memberikan alternatif dan jalan keluar.” “Menanam padi semua orang bisa. Tapi untuk memagari juga melindungi padi hingga dituai itu tidak; mudah. Sama juga dengan mendidik anak. Pembelaan akhir itu yang paling penting.” “Mobilisasi orang harus ada. Dewan Da’wah menyedarkan orang secara ilmiah. Kita tidak boleh jadi penakut. Jangan jadi kambing, harus jadi harimau!” 3hb Mei 2016: Demikianlah antara perkongsian yang dibuat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Drs. H. Misbach Malim, wakil Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia. Beliau yang juga merupakan bekas Setiausaha kepada Almarhum Pak Natsir ‘Si Hati Nurani Umat’; hari ini melakukan kunjungan hormat ke Sekretariat ABIM Pusat (SAP) di Taman Cemerlang, Gombak. Turut meraikan beliau ialah Presiden Abim Pusat, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (AJKP) ABIM Pusat serta para kakitangan SAP. Sdr. Raimi turut menghadiahkan majalah terbaharu terbitan ABIM — PANJI kepada Pak Misbach. Semoga banyak manfaatnya kunjungan ini, dalam mempererat hubungan strategik dua hala antara ABIM dan Dewan Da’wah tersebut. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR