Dapatkan Khidmat Kaunseling, Jangan Bunuh Diri!

February 2, 2016
editor-media

Dalam DIKSI 7.0 semalam, pakar psikiatri Hospital Selayang, Dr Nor Hayati Ali menerangkan bahawa hanya sedikit sahaja mereka yang terlibat dengan insiden bunuh diri adalah terdiri daripada mereka yang pernah mendapat rawatan psikiatri sebelumnya. Ada dua sebab kemungkinan. Yang pertama, ini menunjukkan bahawa banyak pesakit kes bunuh diri hanya sedikit daripada mereka yang bermasalah kemurungan dan masalah jiwa yang lain. Kemungkinan yang lebih tepat ialah kemungkinan bahawa mereka yang menghadapi masalah kemurungan atau tekanan jiwa di Malaysia amat kurang untuk mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri untuk masalah yang dihadapi oleh mereka. Mungkin disebabkan oleh stigma, tidak mendapat nasihat dari keluarga terdekat atau tidak nampak keperluan untuk berjumpa dengan pakar psikiatri. Untuk mereka yang berjaya melepasi tekanan jiwa dan berjaya mengharungi masalah jiwa dan kemurungan, mereka didapati lebih hebat menempuh kehidupan dan boleh membantu rakan rakan sebaya untuk menyelesaikan masalah hidup mereka pula.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR