Dialog Isu Alam Sekitar; Menyingkap Idea-Idea Alam Dengan Agama - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Dialog Isu Alam Sekitar; Menyingkap Idea-Idea Alam Dengan Agama

14hb Disember 2017 (Khamis): Alhamdulillah, Exco Ikhtisas ABIM, Sdri Fatin Nor Majdina Nordin telah tampil dalam program “Tuhan Yang Hijau: Menyingkap Idea-idea Alam dengan Agama”. Sebagai rekod, Grup Alam Sekitar ABIM atau GRASS Malaysia telah ditubuhkan sebagai bukti kesungguhan ABIM dalam mendidik generasi muda dan masyarakat untuk memperjuangkan isu-isu alam sekitar di Malaysia dan pada peringkat global, selaras dengan Al-Quran dan Sunnah. GRASS menganjurkan latihan dan aktiviti yang selaras dengan kehidupan kelestarian alam (sustainable living). Grup yang sedar bahawa sebagai khalifah yang diamanahkan untuk menegakkan keadilan kepada semua termasuklah alam sekitar, haiwan dan tumbuhan.