Diskusi Antara Benua Bersama Komuniti Islam Sweden - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Diskusi Antara Benua Bersama Komuniti Islam Sweden

25 Jun 2014 – ABIM melahirkan rasa syukur dapat diberi peluang oleh INTAC, ISTAC IIUM pimpinan Prof. Dr. Kamar Oiniah, untuk bertemua dengan 20 orang komuniti Islam Sweden yang kini berada di INTAC IIUM hingga awal Ramadhan. Mereka merupakan tenaga pengajar dari Kista Community College, Sweden yang mengambil peluang ke Malaysia untuk mengenali komuniti di sini sambil mengambil peluang berpuasa Ramadhan di Malaysia.

Diskusi bersama: Kista Community College, Sweden

Saudara Khairul Arifin Mohd Munir, Naib Presiden ABIM bertindak selaku moderator program dalam perbincangan tersebut. Turut hadir Sauadar Raimi Abd Rahim dan Saudara Faisal (NPA dan SUA) hadir bagi memberikan input perbincangan. Turut juga disertai oleh Saudara Anwar Manap SUA PKPIM.