Diskusi "Terus Terang" Tarik Generasi Muda - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Diskusi “Terus Terang” Tarik Generasi Muda

Kuala Lumpur, 1 April 2015 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan forum yang diberi nama Terus Terang- Jangan Sembang Kosong, Terus Selesaikan. Ia adalah sebuah inisiatif MBM di bawah Jawatankuasa Penerangan bersama Jawatankuasa Pendidikan bagi membudayakan semangat perbincangan dan tindakan mengenai segala isu melingkari belia hari ini dan juga segala perancangan kerajaan untuk generasi masa depan.

Forum ini telah membincangkan topik berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2016: Membangun Insan Seimbang. Moderator bagi forum ini ialah Saudara Jufitri Johar, merangkap Naib Presiden Majlis Belia Malaysia. Panel pula terdiri daripada Profesor Tan Sri Dato’ Dr. Dzulkifili Razak. Beliau adalah pemegang Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Mohd Yassin Muhammad, USIM.

Antara jemputan khas yang turut hadir adalah Cikgu Izzudin, Panel Pemikir Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Prof. Madya Dr. Sarjit Singh, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Sosial dan Pembangunan Universiti Putra Malaysia. Antara yang hadir sebagai peserta dalam program ini terdiri daripada pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Institut Perguruan (IPG) Pendidikan Khas Cheras dan beberapa wakil dari persatuan pelajar. Forum ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peserta yang hadir. Temui kami di sesi Terus Terang yang seterusnya.