Doktor Muda Terima Pendedahan Pra-Housemanship - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Doktor Muda Terima Pendedahan Pra-Housemanship

2 Ogos 2015, Kuala Lumpur;- Bakal-bakal doktor muda perlu menunjukkan daya tahan serta disiplin yang tinggi sepanjang tempoh Housemanship (HO). Dato Dr Azman Abu Bakar, Pengarah Pengembangan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkata demikian ketika merasmikan Pre HO Courses anjuran Biro Kesihatan ABIM & Hospital Pakal Al-islam. “Pada tahun 2014, seramai 4500 Doktor muda keluar dari universiti. Kita ada 45 hospital yang menerima mereka. Masalah timbul kerana 40% daripada Doktor Muda gagal untuk menghabiskan training kerana terpaksa dilanjutkan kerana masalah disiplin,” beliau memperingatkan para peserta kursus yang dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal doktor muda yang akan melalui tempoh latihan HO mereka kerana nyawa setiap manusia adalah sangat berharga.

“Life is hard as HO. Whether you like it or not, this is the time to learn. We have only 2 years to do that. We want to make you better doctors,” Dato’ Dr Azman Abu Bakar menyelitkan peringatan ketika ucaptama perasmian beliau.

Dalam satu pengisian berkaitan, Dr Wan Hamilton, berkongsi pengalaman dan tips sebagai doktor di jabatan sakit puan. “Doktor muda jangan jadi sombong, pembelajaran adalah pembelajaran sepanjang hidup. Belajar dengan jururawat terlatih yang senior, jangan rasa lebih pandai. Gagal meminta pertolongan akan menimbulkan bencana,” jelas Ketua Jabatan, O & G, Hospital Serdang.  

Program ini turut diisi oleh Ustaz Jaafaz Muhammad (Abu Faiz) yang mengingatkan bakal-bakal doktor muda untuk menjalankan tugas serta amanah mereka dengan penuh dedikasi serta kesabaran.