“Dream Team” Anjur Mukhayyam Dai’e Muda

April 16, 2015
editor-media

Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) dan Mahasiswa UIAM (kampus Kuantan) telah menganjurkan perkhemahan Mukhayyam Dai’e Muda yang mengangkat tema “MENDIDIK PEMIMPIN, MENERAJU LEGASI”. Tokoh Belia ASEAN 2014, Jufitri Joha, turut dijemput untuk mengisi program tersebut. Mukhayyam ini mengetengahkan bakat-bakat terpendam di kalangan generasi baru IKATAN, yang merupakan sebahagian dari Badan Gabungan PKPIM.

Keterujaan ini dikongsi Jufitri yang menyifatkan bakat-bakat terpendam ini berpotensi digilap untuk mencorak masa depan kepimpinan pelajar Islam yang lebih cerah. “Saya terjumpa ‘dream team’ di sini,” jelas beliau yang merujuk peserta-peserta tersebut dengan gelaran Dream Team. Turut dijemput mengisi ialah Naib Presiden ABIM, Khairul Ariffin Mohd Munir.

 

 

[BERITA PKPIM] “Dream Team” Anjur Mukhayyam Dai’e Muda. Baca berita penuh www.abim.org.my. ABIM Pahang Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN)

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Thursday, 16 April 2015

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR