DYMM Sultan Nazrin Berkenan Hadiri Majlis Anugerah Buku Negara Khas, Kunjungi Reruai ABIM






















DYMM SULTAN NAZRIN BERKENAN HADIRI MAJLIS PELANCARAN BUKU & ANUGERAH BUKU NEGARA KHAS, KUNJUNGI RERUAI ABIM
27hb Mei 2023 (Sabtu): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama rakan strategik telah menganjurkan Majlis Pelancaran Buku dan Anugerah Buku Negara Khas, sempena PBAKL yang dihadiri oleh Paduka Baginda Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
Anugerah Khas Karya Asli Tokoh Pemikir Agung Islam disampaikan Baginda kepada Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, yang mewakilkan anakandanya, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas atas sebab keuzuran.
Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz turut dijemput ke pentas bagi menerima cenderamata daripada DYMM Sultan Nazrin.






















Baginda bertitah bahawa raja wajib menjunjung amanah pemerintahan, melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat berlandaskan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Semua pihak juga diseru untuk memahami, menghayati serta mengamalkan doktrin Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Sultan Nazrin bertitah, hal ini kerana perkara berkenaan mengandungi semangat luhur yang akan mewujudkan sistem pemerintahan saling imbang mengimbangi dan sistem berkerajaan saling lengkap-melengkapi.






























Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara, Tan Sri Prof. Dr. Abdul Latiff Abu Bakar dan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.
•••
Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444H
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/