Ekstremisme Berikan Imej Buruk Terhadap Islam: YDP ABIM Selangor - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Ekstremisme Berikan Imej Buruk Terhadap Islam: YDP ABIM Selangor

27 Disember 2015, Shah Alam:- Yang Dipertua ABIM Selangor Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim berkata, aktiviti ekstremis hanya akan memberi imej buruk kepada Islam di samping menyuburkan kembali Islamophobia dalam kalangan orang bukan Islam. Beiiau berkata demikian ketika sidang media Bicara Dakwah “Ekstremisme & Belia” Anjuran ABIM Selangor, di Masjid Shah Alam, 27 Disember yang lalu.

Program tersebut diisi oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha.

 

Menurut Radin Muhd Imaduddin, ABIM Selangor prihatin dan tidak bersetuju dengan belia dan rakyat Malaysia yang menyatakan keinginan untuk berjuang bersama-sama. “Semua pihak di negara ini perlu bersama-sama memberi penerangan mengenai ajaran Islam yang sebenar supaya ia lebih difahami dan tidak disalahertikan untuk melakukan sesuatu di luar batasan,” katanya. Sumber: Harian Metro

 

 

 

KENYATAAN MEDIA:IDEOLOGI EXTREMISME DAN TERORISME MENYUBUR ISLAMOPHOBIA, MENJERAT BELIAAngkatan Belia Islam Malaysia…

Posted by ABIM Selangor – Rasmi on Saturday, 26 December 2015

 

Meanwhile, Selangor Abim chairman Khairudin Abas, who was also present, called on all Malaysian who were passionate…

Posted by ABIM Selangor – Rasmi on Sunday, 27 December 2015

 

Sementara itu, Yang Dipertua ABIM Selangor Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim berkata, aktiviti ekstremis hanya akan…

Posted by ABIM Selangor – Rasmi on Monday, 28 December 2015

 

Sementara itu, Yang Dipertua ABIM Selangor Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim berkata, aktiviti ekstremis hanya akan…

Posted by ABIM Selangor – Rasmi on Monday, 28 December 2015