Empat Dalil Kenapa Daesh Bukan Pejuang Islam:- Ahmad El-Muhammadiy

March 1, 2016
editor-media

DAESH mendakwa bahawa mereka melakukan jihad fi sabilillah. Namun, bila diperhatikan tindakan dan cara jihad yang mereka lakukan, jelas ia amat jauh tersasar daripada apa yang dianjurkan oleh agama Islam yang suci. Misalnya, membunuh orang bukan Islam yang tidak berdosa, dengan memenggal leher mereka. Tidak semua orang kafir perlu diperangi, kecuali kafir harbi yang memusuhi Islam. Kafir muahhad, musta’man, kafir zimmi adalah golongan yang terlindung dalam agama Islam. Sebab itulah Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membunuh seorang kafir mu’ahad, maka dia tidak akan mencium bau surga. Padahal bau surga itu telah didapati dalam perjalanan 40 tahun.” (HR. Bukhari no.3166).

 

 

4 DALIL KENAPA DAESH BUKAN PEJUANG ISLAM. DALIL PERTAMA: DAESH mendakwa bahawa mereka melakukan jihad fi sabilillah….

Posted by Abim Pusat on Monday, 29 February 2016

DALIL KEDUA: DAESH mencipta Sunnah membakar manusia. Perkara ini ditegaskan oleh Muhammad al-Maqdisi, mentor Abu Mus’ab al-Zarqawi, pengasas awal kumpulan DAESH. Apakah ini jihad yang dianjurkan oleh Islam? Apakah kesan perbuatan ini bagi orang yang jahil tentang Islam? Sudah tentu mereka akan mengatakan bahawa Islam adalah satu agama yang kejam dan zalim.

DALIL KETIGA: DAESH juga melakukan amalan membunuh diri atas nama jihad. Mereka mengatakan ini sebagai operasi syahid. Sedangkan majoriti ilmuan Islam berijma’ bahawa ia merupakan satu perbuatan bunuh diri. Bukan satu amalan syahid.

DALIL KEEMPAT: DAESH melanggar etika perang dalam Islam. Islam melarang umatnya membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua, memusnahkan tumbuh-tumbuhan, tempat ibadat, telaga, binatang ternakan. Islam melarang umatnya melakukan kegiatan seperti ini.

KESIMPULAN: Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah Ayat ke-190: “Dan perangilah di jalan ALLAH orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya ALLAH tidak menyukai mereka yang melampaui batas”. Marilah kita kembali melestarikan Islam dengan membawa semangat “Al-Islam Rahmatun Lil ‘Alamin”: “Dan aku tidak utuskan kamu Ya Muhammad, melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam.” (Surah Al-Anbiya, Ayat ke-107).

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR