Gerakan Islam Perlu Belajar Daripada Sejarah:- Dr Zulkifli Hasan

June 3, 2016
editor-media

30 Mei 2016, Restoran Amjal:- Dr Zulkifli Hasan, Exco Shariah & Kewangan Islam ABIM, telah mengisi wacana Bedah Buku Generasi Kedua Politikal Islam di Restoran Amjal, Universiti Malaya. Program ini dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMI-UM) dan Ilham Books Press selaku penerbit buku terbabit. Beliau tampil bersama Wanji Wan Hussain (Pengasas Lepak Maqasid & Sekolah Pemikiran As-Syatibi) & Dr Zulkefly Ahmad (Pengarah Strategi Parti AMANAH).

Dr Zulkifli antara lain menegaskan kepentingan kepada generasi-generasi baru aktivis gerakan Islam untuk belajar daripada pengalaman sejarah generasi terdahulu.“Generasi terdahulu telah melakukan berusaha menerusi pelbagai eksperimen. Contoh seperti kelemahan perlaksanaan hudud yang dilaksanakan di beberapa negara Islam. Oleh itu generasi kedua gerakan Islam sudah mempunyai model ataupun fakta yang boleh dijadikan pengajaran!” jelas beliau yang prolifik dengan beberapa bahan penerbitan seperti Hudud Di Malaysia: Cabaran & Perlaksanaan, Revolusi Intelektual serta Islam Di Barat Muslim Di Timur.

 

 

 

 

“Generasi Kedua Gerakan Islam perlu komited untuk menggerakkan politik perubahan bukan semata-mata menumpukan perhatian kepada perubahan politik. Mereka perlu merangka sebuah model baru politik Islam yang lebih efisyen terutama sekali dalam bidang urus tadbir, dengan mengambil kira pengalaman generasi-generasi terdahulu.”

Di akhir pembentangannya, penerima Fulbright Scholarship (program zamalah ilmu terkemuka di Eropah) ini menegaskan dalam konteks geo-politik juga perlu bersedia untuk menangani pelbagai perubahan semasa yang mempengaruhi persekitaran mereka. Antaranya fenomena Post-American World yang mana peranan Amerika Syarikat sebagai kuasa utama dunia akan diambil alih oleh kuasa-kuasa lain.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR