Hajjah Nor Aizan Ismail, Mantan Ketua HEWI PKPIM, Telah Kembali ke Rahmatullah

December 29, 2021
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Puan Hajjah Nor Aizan Ismail, mantan Exco/Setiausaha Agung WADAH Pusat (sesi 2015-2021) serta JK SALWA Malaysia yang telah meninggal dunia jam 4:40 petang, Isnin, 22hb Jamadil Awal 1443H bersamaan 27hb Disember 2021 di Hospital Serdang.

Almarhumah telah dimasukkan ke hospital sejak 12hb Oktober lalu atas faktor masalah kesihatan. Ahli Majlis Syura PKPIM (MKPI PKPIM) dan Mantan Ketua HEWI PKPIM ini merupakan antara penggerak utama bagi program Bakul Kasih Ramadhan Salwa 1442H pada Ramadhan lalu serta Pengarah bagi kempen Sekeluarga Tolak Pornografi (SToP).

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkan Almarhumah di tempat yang mulia di sisi-Nya.

Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afiha wa’fu’anha. InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR