Hargai Usrah Kita. Sayangi Usrah Kita

April 22, 2015
editor-media

Mari kita menghargai usrah. Saban minggu kita menerima peringatan. Pelbagai bentuk media digunakan di zaman teknologi maklumat ini. Masa menginjak pergi. Sedar tidak sedar sudah puluhan tahun kita menikmari rutin ini.

Selang beberapa minggu kita akan menukar aktiviti. Dari duduk bersila berbincang kita berehlah bersama keluarga. Keluarga kita menjadi semakin erat. Ada yang lebih berusia akan berkongsi pengalaman dan menyuluh panduan. Kita berkongsi kereta jika memerlukan kita bergerak jauh dan ditakdirkan tinggal berhampiran. Sakit kita dijengah ziarah para ahli usrah. Kita juga berkongsi pandangan.

Ada yang kita salurkan terus kepada pimpinan. Pimpinan juga mengongsikan pesan dan isu semasa. Pesanan, nasihat, teguran disampaikan dengan mesra. Malasnya kita ke usrah adalah malasnya kita berukhuwah. Ruginya pahala yang dijanjikan oleh Allah. Jauh dengan rahmatNya. Ilmu yang dibincangkan bukan sekadar hafalan baris-baris dalam buku, tetapi renungan tajam babak-babak kehidupan.

Ustaz berkongsi, belajar bersama ilmu agama dengan jurutera dan peguam. Si Cikgu bercakap mengalahkan peguam berbicara perihal undang-undang. Gamat dengan tawa dan kemesraan. Itulah usrah kita. Untungnya kita mempunyai usrah. Sayangi usrah kita. Hargai usrah kita!

Disediakan Oleh: Amidi Abd Manan, Presiden ABIM.   

 

 

 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR