Hari Terbuka Rapatkan Tautan Ukhuwwah - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Hari Terbuka Rapatkan Tautan Ukhuwwah

21 Disember 2014:-Rangkaian TASKI-TAHFIZ-TASKA ABIM Pahang telah menganjurkan hari terbuka di Gading Seri Villa, Teluk Chempedak, Kuantan. Hari terbuka ini diadakan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara penggerak TASKI-TAHFIZ-TASKA ABIM Pahang serta ibu bapa para pelajar. Sempena dengan program ini, sessi penerangan juga diadakan kepada ibu bapa berkenaan silibus dan perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh ABIM Pahang.