
Alhamdulillah, HELWA ABIM sekali lagi mengisi program bersama Orang Asal di Kampung Labohan Dagang, Dengkil dengan tajuk Personal Hygiene pada 16hb Februari 2019 lepas. Ketua Biro Ikhtisas ABIM, Sdri. Fatin Nur Majdina Nordin tampil membuat perkongsian dalam program ini. Insya Allah, program seterusnya di Kapar pada bulan Mac 2019 yang akan disampaikan oleh wakil HELWA ABIM Selangor. Penjagaan
kebersihan diri, keluarga dan persekitaran ada sangat penting dan langkah awal pencegahan penyakit seperti denggi, HFMD dan sebagainya. Penjagaan kebersihan hati dan kesejahteraan emosi juga sama penting dengan penjagaan kebersihan diri.
