
1-3 Ogos 2025 – Alhamdulillah, HELWA ABIM PUSAT telah melaksanakan Bengkel Pemberdayaan Helwa (BIDARA) yang bertujuan memperkukuh peranan HELWA ABIM seluruh Malaysia sebagai ejen perubahan komuniti melalui pengukuhan kemahiran kepimpinan, advokasi hak wanita serta sokongan kesihatan mental.

Bengkel ini telah disertai oleh Ketua-ketua Helwa Negeri serta ahli-ahli jawatankuasa dari 14 negeri serta ABIM Mesir. Dr. Fatin Nor Majdina Nordin, Ketua HELWA ABIM Pusat mengetuai sesi sepanjang bengkel.

