Ibu Bapa Fahami Generasi Y Dalam SABDA 2.0

May 26, 2015
editor-media

24 Mei 2015:- Program SABDA 2.0, Seminar Asuh Bimbing Didik Anak telah berlangsung pada hari Ahad bersamaan 24 mei 2015 di Masjid Sultan Ahmad 1 anjuran HELWA ABIM dengan kerjasama Masjid Sultan Ahmad 1 beserta bantuan daripada wakil Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN ). Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Ahmad Fakhri dan Puan Jamilah Samian, yang merupakan penulis buku “Cool Mom, Super Dad”.

Penceramah telah mendedahkan kepada ibu bapa tentang cara yang terbaik untuk mendidik generasi Z, Y dan I yang sangat mencabar pada masa ini. Generasi Y, boleh dikategorikan sebagai ‘teenagers’. manakala generasi I pula boleh dikategorikan sebagai ‘screenagers’.

Hal ini disebabkan , mereka telah didedahkan dengan telefon pintar, tablet, laptop dan gadget- gadget pintar semenjak kecil lagi. Jadi ibu bapa yang masih muda amat memerlukan ‘skill’ bagi mendidik anak mereka, mengikut peredaran masa /zaman tetapi masih mengikut dalam acuan yang betul. Justeru,diharapkan program seperti ini diteruskan pada masa akan datang.

 

 

Antara pengisian Cool Mum Super Dad yang telah berlangsung di Masjid Negeri, Kuantan pada Ahad, 24 Mei 2015:- Setiap…

Posted by ABIM Pahang on Tuesday, 26 May 2015

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR