Ibu Fathiyah Vickri, Puteri Buya Hamka telah tiada - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Ibu Fathiyah Vickri, Puteri Buya Hamka telah tiada

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian ke Rahmatullah – Ibu Fathiyah Vickri binti Hamka pada hari Sabtu, 16hb Januari 2022 jam 11:45 malam di kediaman beliau di Serpong, Indonesia.

Almarhumah merupakan salah-seorang anak kepada ulama’ besar Nusantara, Almarhum Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA).

Beliau sering berperan serta dalam program-program yang dianjurkan WADAH, ABIM dan PKPIM.

Allahummaghfirla-ha warham-ha wa ‘afi-ha wa’ fuan-ha. Sesungguhnya, kita milik Allah Subhanahu wa-Ta’ala selama-lamanya.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhumah, dan menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#Takziah