Ijtimak Harakiy Negeri Semarakkan Sinergi 3G WAP - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Ijtimak Harakiy Negeri Semarakkan Sinergi 3G WAP

Ijtima’ Harakiy dan Muktamar Sanawi WADAH Negeri berakhir pada hujung minggu yang lalu dengan berlangsungnya muktamar peringkat Wilayah Persekutuan, Perak dan Sabah. Ketiga-tiga negeri turut menganjurkan seminar atau konvensyen sempena muktamar yang berlangsung sebagai usaha mengetengahkan isu-isu penting berkaitan dakwah dan hal ehwal umat dari pelbagai aspek serta membahasnya secara kritikal. Dr. Halim Muhammad mewakili Pusat ke Muktamar WADAH Wilayah Persekutuan (5 Sept., UTM Jalan Semarak, KL) manakala SUA, Ab Halim Ismail dan Tn. Hj. Ahmad Azam Ab Rahman masing-masing ke Perak (6 Sept., Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Bt. Gajah) dan Sabah (5-6 Sept., Dewan Resital, Univ. Malaysia Sabah). Dengan berakhirnya muktamar negeri-negeri, maka bersama kita nantikan Ijtima’ Harakiy Pusat