Ijtimak Harakiy Perkukuh Keluarga Besar WADAH-ABIM-PEPIAS

August 25, 2014
editor-media

24 Ogos 2014, Gombak: Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, telah merasmikan Ijtimak Harakiy WAP Selangor (Wadah-ABIM-PEPIAS) di Sekolah Berintegrasi Penuh Gombak, Selangor Darul Ehsan. Muktamar ini merupakan sebahagian daripada rentetan muktamar negeri yang diadakan menjelang penganjuran Muktamar Sanawi ABIM Ke-43 Di Kota Kinabalu Sabah, mulai 13 sehingga 14 September akan datang.

Dalam ucapan dasar ABIM Selangor, Khairuddin Abas mengatakan “Amanah dakwah yang kita pikul ini adalah satu taklif yang perlu digarap dengan penuh iltizam. Sebagai Daie, kita tidak harus mengenal erti kecewa, penat, ingin berehat atau bersara. Perjuangan ini adalah sepanjang hayat dan bersifat jangka panjang. Perjuangan ini menuntut kesabaran. Ada ketikanya kita mengusahakan generasi lain yang merasai hasilnya nanti!”

 

 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR