Imam Solat Terawih Masjid Nabawi meninggal dunia - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Imam Solat Terawih Masjid Nabawi meninggal dunia

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah Imam Masjid al-Qiblatein, Almarhum Syeikh Mahmood Khalil al-Qari pada 25hb Jun 2022. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Baqi.

Almarhum sebelum ini dilantik untuk mengimamkan solat sunat tarawih di Masjid Nabawi, pada Ramadan 1439H/ 2018M.  Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah