Infaq Saya Raikan Anak Yatim Menjelang Syawal - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Infaq Saya Raikan Anak Yatim Menjelang Syawal

21 Julai 2014, Subang Jaya:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta para sukarelawan Infaq Saya telah menyempurnakan amanah membawa seramai 40 kanak-kanak yatim,miskin dan asnaf membeli keperluan diri sempena ketibaan Syawal 1435. Anak-anak yatim dipilih dari sekitar Lembah Klang serta diraikan di pusat membeli belah Mydin USJ, Subang Jaya. Berikut adalah info mengenai Infaq Saya.